Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2020

Kopi dan Teh Kuantan

Kedai Kopi dan Teh di Jalan Besar Kuantan. Istimewa di sini minum kopi cawan terbalik. Tak semua negara ada mende ni. haha. Nama kedai pun mudah, Kopi & Teh je. Tak payah beria nak letak nama kedai bahasa omputeh. Tapinya depa pasang lagu inggeris time kome ngeteh tuh. Lebih cantik kalau pasang melodi klasik, sesuailah dengan identiti kedai lama. Tak pun pasang ngaji Quran. Lagi tenang jiwa. kan. Oder dan bayar scan QR kod je kat meja, terus bayar guna online banking atau E-Wallet. Kaedah ni menarik dan molek kedai-kedai lain tiru. Akhirnya Kalau staf kedai ni lebih mesra dan muka manis memang lagi bes. https://youtu.be/SdCB_DwhGLk #PermaiMenulis #GengPermai #MakanKatMana #kopiteh #kuantan

Nasi Kerabu Daging Bakar Lipis

Kat Lipis nak sarapan di mana ? Boleh pergi ke Kedai makan Tok Wan di Kuala Lanar. Antara menu yang top nasi kerabu daging bakar dan nasi dagang. Lauk gulai masam/ gulai masak tempoyak ikan patin pun ada. Paling menarik, tak kena bayar parking. #sarapan #lipis #makankatmana #GengPermai #PermaiMenulis

Makan malam di Restoran Sumpit-sumpit Pekan

  Restoran Sumpit-sumpit bermenukan ala Indonesian Food. Suasana di restoran yang berlatarkan bunyi air dan cahaya lampu yang berwarna warni memambahkan lagi rasa kedamaian. Tapi kalau ramai sangat orang yang datang, lama juga lah nak dapat makanan yang dipesan. Sambil tu kita meronda-rondalah kawasan kedai.  Meja makan memang banyak. Siap boleh open table lagi. #makanmakan #pekan #pahang #sumpitsumpit #gengPermai

Roti Canai Syed sedap di Lipis

Sarapan di Restoran Syed Roti Canai yang baru sahaja beroperasi di Lipis. Depa terkenal di bandar lama Jerantut dan ada cawangan di bandar Temerloh. Macam biasa, bila terkenal dan baru buka tentulah ramai pelanggannya. Saya juga tidak terkecuali, huhu. Ambil gambar buat kenangan, terus sahabat berdua tu posing sekali. Haha. En. Faiz dan isterinya Pn. Astra. Dan macam depa je yang belanja tadi 🤔 Kedai ni dua penebar sekali jalan, cuma waiter je macam kelam kabut lagi. Biasalah kedai baru. Semoga terus sukses. #PermaiMenulis #sarapan #makankatmana #lipis #roticanai Azraie at 7:44 PM

Kuantan Pickers bagi peminat barang lama sambil makan minum

Kuantan Pickers di Jalan besar kuantan. Terbaik bagi peminat barang legen. Sambil-sambil minum kopi. Selang dua kedai ditempatkan barang-barang lama bundle, boleh jamu mata dan bagi yang nak beli pun boleh. Menurut Pemiliknya En Nazrul bin Zubir, asalnya minat dan hobi mengumpul barang lama. Dari hobi sendiri apa kata hobi tersebut dikongsi bersama dengan komuniti. Nak pula bagi golongan remaja baru nak up, tak pernah merasa zaman-zaman legen. Haha. https://youtu.be/sa68HL5UD4Y En. Nazrul bin Zubir, Pemilik Kuantan Pickers #KuantanPickers #makankatmana #legen #PermaiMenulis #kitashare

BREW & Cabin-Coffee Western Food Kuantan

Nak makan tengahari menu nasi berlauk dan dalam masa yang sama ada western food. Boleh berkunjung ke kedai Brew & Cabin- Coffee & Western Food Kuantan . Google dan waze sahaja. Insya-Allah akan dipandu sampai ke kedai. Setelah duduk di meja makan, pelayan akan suakan menu untuk kita pilih . Tetapi kita kena bangun dan oder di kaunter, selesai oder terus bayar. Mungkin kalau kita hadir dalam jumlah yang ramai agak problem sikit, tak kan semua nak sebut sorang-sorang di kaunter, dan puas juga wakil seorang yang pergi ke kaunter nak hafal dan sebut satu-satu. Selesai makan, kita boleh terus beredar, sebab dah bayar kan.. huhu. Ok selamat mencuba. #makankatmana #PermaiMenulis #Kuantan #Pahang