Nak makan tengahari menu nasi berlauk dan dalam masa yang sama ada western food. Boleh berkunjung ke kedai Brew & Cabin- Coffee & Western Food Kuantan . Google dan waze sahaja. Insya-Allah akan dipandu sampai ke kedai. Setelah duduk di meja makan, pelayan akan suakan menu untuk kita pilih . Tetapi kita kena bangun dan oder di kaunter, selesai oder terus bayar. Mungkin kalau kita hadir dalam jumlah yang ramai agak problem sikit, tak kan semua nak sebut sorang-sorang di kaunter, dan puas juga wakil seorang yang pergi ke kaunter nak hafal dan sebut satu-satu. Selesai makan, kita boleh terus beredar, sebab dah bayar kan.. huhu. Ok selamat mencuba. #makankatmana #PermaiMenulis #Kuantan #Pahang
Idea diluncurkan blog ini kerana penulis sendiri sering konfius dan tak tahu hendak tuju ke mana untuk makan.haha.

Ulasan
Catat Ulasan